Thursday, 31 May 2012

IMBA - Garam Air Mata Manusia



Baru-baru ni kami dapat berita IMBA dari bumi penjajah, England..

Tahukah anda di London, satu produk garam generasi baru telah mula dijual di kedai-kedai tepi jalan..

Garam IMBA ni diperbuat daripada hasil kutipan air mata manusia..

Holyshitt...






Dan yang IMBA nye, terdapat pelbagai rasa garam mengikut emosi manusia..air mata masa marah, tgh potong bawang, lepas bersin, masa tgh gelak, air mata masa menangis pun ade..

Macam mana la agaknya depa pegi kutip air mata manusia ni..haha..

Harga sebotol? £7 (RM35)..



NOW THAT'S IMBA!!



source: here


p/s: ape pendapat korang? Korang rasa air mata manusia ade rase yg berbeza tak (ikut emosi)?






Wednesday, 30 May 2012

IMBA Kad Kahwin Part 3



Sebelum ni kami pernah post 2 template kad kahwin yang IMBA..



Hari ni kami nak share satu lagi template kad kahwin yang unik dan tak pernah orang buat sebelum ni..

Presenting..






Macam familiar tak? Template ala2 kertas final exam tu weh..

Memang kreatif..


NOW THAT'S IMBA!



source: neyrashazeyra


p/s: abam tengah tunggu kad kahwin ala2 surat saman.


Tuesday, 29 May 2012

IMBA Pedo's TRAP



Cuba teka berapa umur budak ni?

11 tahun? 12 tahun? 13 tahun? 14 tahun?











According to ttmop.com, umur budak ni 18 tahun..

Holyshitttt..











Senang sangat nak teka yang tadi tu? Ok let's try a harder one. Ready pedo2 sekalian?

Presenting..











Haa..ce teka berapa umur gadis ni? 14 tahun? 15 tahun? 18 tahun?

Jawapan sebenar..

Gadis ni berumur 30 tahun. Holyyyyshitttt..DOUBLE KILLLLLL..

Muka macam budak sekolah lagi kan? Ape tah petua dia ni?

Nama dia Xian Da, gadis berasal dari China..dia sebenarnya pelukis manga Jepun..now we know where those anime got their inspiration from ey? hahahaha..


NOW THAT'S IMBA!!



source: here & here


Monday, 28 May 2012

IMBA Neo Lotus R3 UTP



Beberapa hari lepas admin dan member2 turun Ipoh..kitorang nak tengok wayang, citer Man In Black 3..

Kami pergi naik dua kereta..satu Proton Iswara, satu lagi Proton Satria Neo Lotus R3..

Admin dah pun reserve tempat kat dalam kereta Neo Lotus tu, saje nak rase macam mana perasaan naik kereta limited edition..

Neo Lotus punye performance memang IMBA..acceleration sangat power, smpai gear 4 / gear 5 pon masih terasa lagi..owner dia bawak dalam range 110 km/h - 150 km/h..at such high speed, kereta tu boleh 'corner' dengan stabil..pergi ke Ipoh / balik dari Ipoh dalam 20 - 30 mins je (jalan agak kosong)..

Neo Lotus ni dilengkapi CPS..maksudnye at certain high RPM, horsepower & torque kereta ni akan meningkat kaw2 (owner kata dalam 4000-5000 rpm)..

Tapi satu je yang admin tak berapa berkenan kat kereta ni..dia punya default suspension setting keras sangat, tuned untuk racing dalam track kot..tapi sebenarnya boleh je adjust balik..pastu harga dia agak mahal (RM115k)..

Meh usha kereta Neo Lotus UTP ni dari jarak dekat..sori la kalau gambar tak berapa jelas, maklumlah amek guna camera phone murah je..haha..













For your info, Neo Lotus UTP is car no 24, out of 25 Neo Lotus in Malaysia..kereta ni sangat super rare, kalau korang jumpa memang bernasib baik la..hahaha..


NOW THAT'S IMBA!



p/s: abam ijat, owner Neo Lotus UTP ni masih single lagi. kehkehkeh. XD



Sunday, 27 May 2012

IMBA Self-Stirring-Cooking-Pot


Hari ni kami nak share satu berita IMBA dari Jepun..

Non-Sticky Pan dah lama wujud dalam dunia masakan..kalau masak guna benda alah ni, insyaAllah masakan anda takkan melekit pada kuali tersebut..

Tapi pernah tak korang dengar pasal Self-Stirring-Cooking-Pot?

Seorang dentist dari Jepun, Hideki Watanabe baru-baru ni dah cipta satu periuk yang mempunyai kebolehan untuk mengacau masakan di dalamnya dengan sendiri..maknanya korang tak perlu susah2 kacau..

Periuk ni guna teori thermodynamics untuk menghasilkan 'whirpool motion' ketika suhu cecair semakin meningkat..maknanya masakan2 kat dalam periuk ni akan terkacau sendiri bila suhu meningkat..















Dalam gambar kat atas ni memang tak nampak sangat air tu berpusing..

Cuba korang usha video kat bawah ni, for a clearer view..






Haa..amacam? IMBA kan?


Tapi rasanya periuk ni takleh guna utk masak goreng2 ye dak? Lah nama pun periuk, guna untuk masak sup / stew je la..



p/s: bila lagi student UTP nak invent something creative dan IMBA macam ni? apa kata korang buat self-stirring-frying-pan untuk masakan goreng2 pulak?


source: here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...