Showing posts with label ImbA. Show all posts
Showing posts with label ImbA. Show all posts

Saturday, 14 July 2012

IMBA Nokia 3310


Antara handphone yang paling tahan lasak..







Nuffsaid. Now that is IMBA.


source: here


Tuesday, 10 July 2012

IMBA MuayThai Fight Night



Dah bosan dengan event joget2 atau event menyanyi?

Meh kami rekomenkan event baru untuk korang..

Presenting..









So are you ready for the first ever Muay Thai Fight Night in UTP?



Now that is IMBA!!



Tuesday, 3 July 2012

IMBA Customer RAGE



Kalau kad bank korang rosak, atau kena block, atau korang menghadapi apa2 masalah lain berkaitan dengan bank..

Ape korang akan buat?

Call talian khidmat pengguna?

Cuba tengok ape customer IMBA kat bawah ni buat..





Call customer service pastu suh depa call dia balik? hahahaha..perghhh..


NOW THAT'S IMBA!




source: here



Wednesday, 27 June 2012

V5A Incident



Hi all..

Dalam pukul 11 pagi tadi, ada satu insiden telah berlaku dekat V5A..

Admin pun baru bangun tidur time tu, terus bergegas ke tempat kejadian lepas timeline Twitter tiba2 kecoh..

Kisahnya begini..

Dua kereta berlanggar, sebuah kelisa putih (milik gadis Thailand) dan sebuah kenari (milik gadis local)..perlanggaran berlaku dekat depan blok V5A..

Admin pergi interview salah seorang penumpang kereta kelisa tu tadi..abam Thailand..

Mengikut cerita beliau, kelisa putih ni masuk simpang kat depan V5A tu..kereta kenari tu datang dari arah kanan kereta kelisa..pastu depa pun bertembung dengan kuat..kereta kenari tu terlanggar bahagian kanan kereta kelisa..hancur teruk kat bahagian pintu driver..

Akibat impak perlanggaran tersebut, kereta kelisa tu terbelok ke arah kiri dan terlanggar 2 buah kereta yg tengah parking..kereta kenari tu pulak tersasar ke arah kanan kawasan parking dan terlanggar 2 buah kereta yg tengah parking kat sebelah kanan tu..maka terjadilah perlanggaran berantai..


Gambar rajah kat bawah menerangkan kejadian secara lebih detail..credit goes to Zahin Razak..






Pemandu kelisa putih dikejarkan ke hospital (kecederaan ringan)..walau apa2 pun, sama2 kita berdoa supaya kedua2 mangsa berada dalam keadaan tenang dan stabil dari segi emosi..

Jom usha gambar2 kat tempat kejadian..check it out..



























Gambar last tu..pakgad IMBA in action..dengar cerita dia antara orang first yang sampai dan bertindak..memang IMBA..good job..

So setakat itu saja kisah kemalangan V5A hari ini..pesanan kami untuk kawan2 semua, bawak kereta tu elok2 lah ye..kalau drive dalam kawasan parking, jangan drive macam dalam highway..kalau nak masuk simpang, brek dulu tengok kereta kiri kanan..kepada mangsa, takziah kami ucapkan dan kami berdoa agar anda cepat pulih dan berada dalam keadaan yang stabil..



p/s: nak berita cepat dan pantas? pegi buat account Twitter dan follow kami @blogIMBA for the latest news from us..trust us, kat Twitter berita lagi cepat tersebar..nak tunggu post kat blog boleh, tapi lambat sikit la..ye dak? :)




Wednesday, 20 June 2012

IMBA Photoshop



Hai all..

Mesti ramai antara korang yang hebat bab2 photoshop kan?

Buat poster event, buat banner, etc..

Kami salute kepada geng2 yang pandai buat kerja2 kreatif ni..

Cakap pasal photoshop..hari ni kami nak share satu wallpaper yang sungguh IMBA..

Presenting..






Wallpaper yang awesome dan kreatif ni mengambil masa selama 4 jam untuk disiapkan..total number of layers? 244..holyshit..

Abam ni bukan la reti sangat photoshop ni, tapi kalau dah 4 jam + 244 layers..maknanya orang yang buat wallpaper/gambar ni memang kaw2 IMBA..

Nak tengok macam mana dia buat gambar ni? Meh usha video kat bawah ni.. (p/s: sila pasang speaker korang kuat2 untuk enjoy video ni)






NOW THAT'S IMBA!!



source: here & here



Monday, 18 June 2012

IMBA Porsche Bicycle



How to transform a bicycle into a porsche?









Pergh awesome giler..

Tapi 'porsche' ni adalah porsche yang paling slow kat dunia la..sebab kena kayuh mcm basikal..hahahah..

Pegi usha video kat bawah ni kalau nak tengok macam mana dia bergerak..







Siapa yang buat benda ni memang creative kaw2 lah..respect + salute..



NOW THAT'S IMBA!



Friday, 15 June 2012

IMBA UTP Laser Tag Battle



Hi all..

Ni satu lagi event kat UTP yang pihak blogIMBA nak promote..

Presenting..





Haa apa tunggu lagi..join le..depa nk buat outdoor version of laser tag ni..jom try ramai2..

Tiket murah, dgr cerita duration 10 - 15 minutes per game..

For more info / nak beli tiket, sila lah visit both depa hari isnin ni (18 Jun).. :)





IMBA 7th Anniversary of EUPHONIOUS



Hai semua..

Post harini simple je..

Kami nak promote event ni kat hangpa semua..







Event ni antara even paling IMBA dalam UTP..tiap2 tahun mesti ada punya..

Datang jangan tak datang..jumpa di sana.. :)





Monday, 11 June 2012

IMBA Zipper Pond in Taiwan



Hai semua..

Harini kami nak share something IMBA from Taiwan..

Pernah dengar pasal Zipper Pond dekat Taiwan tak?

Zipper Pond ni dibina oleh Ju Chun, sculptur terkenal kat Taiwan..

Bukan je kreatif, kolam ni dah jadi popular lately dan berjaya menarik ramai pelancong ke Taiwan..

Check it out..













Amacam? stylo kan? kreatif dan sangat cantik..


NOW THAT'S IMBA!




source: here

Sunday, 3 June 2012

IMBA Lip-Dub Wedding Proposal



Hai semua..

Tak tau la orang lain macam mana, tapi ni lah kali pertama kami tengok 'Lip-Dub Proposal'..

Awek tu pakai headphone duk belakang kereta CRV, pastu kereta tu bergerak slow2..

Then lagu Bruno Mars keluar kat headphone tu (yang awek tu tgh dengar)..and at the same time, penari2 semua muncul kat belakang kereta tu..macam tgk live video..

Penari tu semua menari sambil nyanyi lagu Bruno Mars (lip-dub)..sungguh awesome..







Holyshitttt..

Romantic gilo..bila entah depa ni semua pektis mende alah ni..














NOW THAT'S IMBA!!



p/s: ada aksi gay pada minit 3:00. LOL



Thursday, 31 May 2012

IMBA - Garam Air Mata Manusia



Baru-baru ni kami dapat berita IMBA dari bumi penjajah, England..

Tahukah anda di London, satu produk garam generasi baru telah mula dijual di kedai-kedai tepi jalan..

Garam IMBA ni diperbuat daripada hasil kutipan air mata manusia..

Holyshitt...






Dan yang IMBA nye, terdapat pelbagai rasa garam mengikut emosi manusia..air mata masa marah, tgh potong bawang, lepas bersin, masa tgh gelak, air mata masa menangis pun ade..

Macam mana la agaknya depa pegi kutip air mata manusia ni..haha..

Harga sebotol? £7 (RM35)..



NOW THAT'S IMBA!!



source: here


p/s: ape pendapat korang? Korang rasa air mata manusia ade rase yg berbeza tak (ikut emosi)?






Wednesday, 30 May 2012

IMBA Kad Kahwin Part 3



Sebelum ni kami pernah post 2 template kad kahwin yang IMBA..



Hari ni kami nak share satu lagi template kad kahwin yang unik dan tak pernah orang buat sebelum ni..

Presenting..






Macam familiar tak? Template ala2 kertas final exam tu weh..

Memang kreatif..


NOW THAT'S IMBA!



source: neyrashazeyra


p/s: abam tengah tunggu kad kahwin ala2 surat saman.


Tuesday, 29 May 2012

IMBA Pedo's TRAP



Cuba teka berapa umur budak ni?

11 tahun? 12 tahun? 13 tahun? 14 tahun?











According to ttmop.com, umur budak ni 18 tahun..

Holyshitttt..











Senang sangat nak teka yang tadi tu? Ok let's try a harder one. Ready pedo2 sekalian?

Presenting..











Haa..ce teka berapa umur gadis ni? 14 tahun? 15 tahun? 18 tahun?

Jawapan sebenar..

Gadis ni berumur 30 tahun. Holyyyyshitttt..DOUBLE KILLLLLL..

Muka macam budak sekolah lagi kan? Ape tah petua dia ni?

Nama dia Xian Da, gadis berasal dari China..dia sebenarnya pelukis manga Jepun..now we know where those anime got their inspiration from ey? hahahaha..


NOW THAT'S IMBA!!



source: here & here


Monday, 28 May 2012

IMBA Neo Lotus R3 UTP



Beberapa hari lepas admin dan member2 turun Ipoh..kitorang nak tengok wayang, citer Man In Black 3..

Kami pergi naik dua kereta..satu Proton Iswara, satu lagi Proton Satria Neo Lotus R3..

Admin dah pun reserve tempat kat dalam kereta Neo Lotus tu, saje nak rase macam mana perasaan naik kereta limited edition..

Neo Lotus punye performance memang IMBA..acceleration sangat power, smpai gear 4 / gear 5 pon masih terasa lagi..owner dia bawak dalam range 110 km/h - 150 km/h..at such high speed, kereta tu boleh 'corner' dengan stabil..pergi ke Ipoh / balik dari Ipoh dalam 20 - 30 mins je (jalan agak kosong)..

Neo Lotus ni dilengkapi CPS..maksudnye at certain high RPM, horsepower & torque kereta ni akan meningkat kaw2 (owner kata dalam 4000-5000 rpm)..

Tapi satu je yang admin tak berapa berkenan kat kereta ni..dia punya default suspension setting keras sangat, tuned untuk racing dalam track kot..tapi sebenarnya boleh je adjust balik..pastu harga dia agak mahal (RM115k)..

Meh usha kereta Neo Lotus UTP ni dari jarak dekat..sori la kalau gambar tak berapa jelas, maklumlah amek guna camera phone murah je..haha..













For your info, Neo Lotus UTP is car no 24, out of 25 Neo Lotus in Malaysia..kereta ni sangat super rare, kalau korang jumpa memang bernasib baik la..hahaha..


NOW THAT'S IMBA!



p/s: abam ijat, owner Neo Lotus UTP ni masih single lagi. kehkehkeh. XD



Sunday, 27 May 2012

IMBA Self-Stirring-Cooking-Pot


Hari ni kami nak share satu berita IMBA dari Jepun..

Non-Sticky Pan dah lama wujud dalam dunia masakan..kalau masak guna benda alah ni, insyaAllah masakan anda takkan melekit pada kuali tersebut..

Tapi pernah tak korang dengar pasal Self-Stirring-Cooking-Pot?

Seorang dentist dari Jepun, Hideki Watanabe baru-baru ni dah cipta satu periuk yang mempunyai kebolehan untuk mengacau masakan di dalamnya dengan sendiri..maknanya korang tak perlu susah2 kacau..

Periuk ni guna teori thermodynamics untuk menghasilkan 'whirpool motion' ketika suhu cecair semakin meningkat..maknanya masakan2 kat dalam periuk ni akan terkacau sendiri bila suhu meningkat..















Dalam gambar kat atas ni memang tak nampak sangat air tu berpusing..

Cuba korang usha video kat bawah ni, for a clearer view..






Haa..amacam? IMBA kan?


Tapi rasanya periuk ni takleh guna utk masak goreng2 ye dak? Lah nama pun periuk, guna untuk masak sup / stew je la..



p/s: bila lagi student UTP nak invent something creative dan IMBA macam ni? apa kata korang buat self-stirring-frying-pan untuk masakan goreng2 pulak?


source: here

Friday, 25 May 2012

IMBA Lord Of The Rings



'Lord of The Rings' much?







LOLOLOLOLOLOL



source: kukubesi

Thursday, 17 May 2012

IMBA Max:247 Parody


Hi all..

Time2 cuti macam ni lah internet kt UTP boleh diharap sket..

So boleh lah bukak youtube layan video..

Korang masih ingat tak dengan MAX:247 yang kami dok troll berbelas2 generasi tak lama dulu?

Haa..harini kitorang nak share video parody Cinta 247 depa..

Lawak macam nokharommm..kahkahkah..

Check it out..







HAHAHAHAHAHA..gilo sekor2 muka tembok buat video ni..terbaekkk..

Aku rasa muka2 yang dalam video parody ni lagi macho kalau nak compare dengan MAX247 yang ori..kahkahkah..

Kepada crew2 KyoPropaganda kalau korang include sekali six pack abs macam kat bawah ni dalam video tu, mesti lagi IMBA..





HAHAHAHA..



p/s: tq abam HazwanArif sebab share video ni. :)

Wednesday, 9 May 2012

IMBA Kad Kahwin Part 2



Hai all..

Amacam exam? Susah? Senang / No Sweat?

Ade yang dah habis paper? Syukurlah..boleh balik kampung jenguk keluarga ye dak?

Ade yang dah grad? Syukurlah..boleh lah kerja or kawen lepas ni..

Bercakap pasal kawen..

September tahun lepas kami pernah post pasal satu design kad kahwin yang memang IMBA..

Boleh baca kat sini --> link

Dalam previous post tu kami tunjuk design kad kahwin gaya Facebook page..style giler kot..creative2..











Tapi baru-baru ni kami terjumpa satu design kad kahwin yang tak kurang IMBA nya..

Presenting..







Ni kad kahwin abam @reezluvmedia..

Design ala-ala passport + flight ticket..super creative..


NOW THAT IS IMBA!




source: here

Thursday, 3 May 2012

IMBA Pintu IRC Pecah



Apa khabar UTPians? Sihat? Minggu2 nak exam ni harap2 kita semua sihat belaka, ye dak?

Semalam, 2 May 2012 merupakan antara hari yang paling banyak benda IMBA berlaku dalam UTP.

Meh kami citer satu-persatu.







1. Pakgad IMBA kita dah ada akaun Twitter. Memang LOLWUT. Sape tah free sangat buat akaun parody pakgad kesayangan kita ni. kahkahkah.









So sesape yang nak tweet benda2 sensitif lepas ni kena berjaga2, takut kena saman. LOLOLOL. 

Tweet akaun ni semua macam nokharom, sikit2 saman sikit2 saman. Budak2 UTP kt Twitter ape lagi, layan lah. hahaha. Yang bestnya, kenapa akaun Twitter kami yang dia start folo dulu? Demmit rasa kena aim la pulak. keh3. 

Nakkan hiburan lebih kat Twitter, sila lah folo la pakgad IMBA kita. p/s: kami takde sebarang kaitan dengan pembikinan akaun parody tersebut, secara langsung mahupun secara tidak langsung.








2. Pintu IRC Pecah. Yup, pintu kaca yang terletak kat entrance IRC kesayangan kita tu pecah berderai.

Siapa yang pecahkan? - Student UTP.

Kenapa dan bagaimana boleh pecah? - Student tu tak tahu yang pintu tu memang berkunci sebab sign 'OPEN' masih tertera kat pintu tu. Dia pun tolak la pintu tu, nak bukak (tolak macam biasa, tak kuat pun). Tolak punya tolak, pintu tu pun pecah on the spot. Student tu tergamam kejap depan pintu tu. Semua yang berlaku adalah unintentional / secara tak sengaja.

Bila pecah? - Semalam. Malam. Around 8pm.

Berapa ganti rugi? - Dianggarkan RM10000 - RM15000. Sebab pintu tu tak di-produce dalam Malaysia. Imported. Tapi ganti rugi tu takkan dikenakan ke atas student tersebut, sbb bukan salah dia.









Keterangan saksi yang ditulis dalam borang kepada security:





Nak tau lebih sila gali & baca TL kami kat Twitter - @blogIMBA, ataupun mention kami / DM kami kat Twitter.


Pada pendapat kami (lepas berbincang dengan abam @NasHunter), pintu tu da selalu sangat kena tolak dalam keadaan terkunci, so bila accumulate banyak2 lama2 ini lah yang terjadi. 


Semoga kita sama2 dapat amek pengajaran daripada kisah ini, tak kira lah pihak IRC mahupun students.


p/s: Jangan blame student yang pecahkan pintu. Bukan salah dia. It was all unintentional.

Kredit gambar ditujukan kepada - @rosearienah @zarofi  @zharifrazak  @fieza9







3. Benda yg paling IMBA berlaku semalam. Perkataan IRC trending in Malaysia.





Budak2 UTP kat Twitter memang IMBA. Dapat tau je pasal pintu IRC pecah, sekor2 dok spam timeline Twitter dgn tweet berkaitan dengan kes tersebut. 


Sampai panas bontot abam duk kat kerusi semalam selama 2 jam. Takleh study sbb lagha sangat dengan timeline yang mengalir umpama air terjun. LOL


Maka dengan itu, perkataan IRC pon jadi trending satu Malaysia. Tak pernah trending berkaitan UTP dalam sejarah. So yesterday was a HISTORY.






















NOW THAT IS IMBA!



p/s: Wahai adik2 sekalian, tolong la jangan buat keje2 IMBA time dekat2 nak final exam ni. Kasihan la kat abam, abam pon nk study. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...