Seperti yg kita semua tahu..
Pilihanraya Kampus 2012 is just around the corner..
Kami yakin ada bermacam2 respons student kat lua sana..
Ada yang semangat nak turun mengundi..
Ada yang biasa2 je..
Dan majoriti dah hilang semangat nak mengundi atas sebab2 tersendiri..
Dalam post hari ni kami bukan nak komen pasal nak turun mengundi ke tak, tapi kami nak bincang pasal salah seorang calon yg bakal bertanding nanti..
Tak tahu nak undi siapa? Haa..meh kami bagi cadangan/recommendation..
Sebelum tu, moh le kite tengok/baca manifesto beliau dulu..
Beliau yang kami maksudkan ialah tak lain dan tak bukan..
Nabil 'Kari' Berapi..
Mengapa kami 'recommend' beliau?
Sebab manifesto yg simple, ringkas dan relevan..tak perlu panjang sangat sampai 3-4 mukasurat..tak mampu kami nak baca..
Beliau fokus kepada welfare pelajar..isu mesin basuh, mesin ATM dan isu paling hangat iaitu saman..maklumlah pelajar UTP ni bukan kaya sangat nak bayar saman setiap hari..kadang2 sampai kena saman 2 kali sehari..isu2 macam ni sangat dekat dengan pelajar..benda2 yang kita boleh nampak hari2..
Berdasarkan approach beliau kami yakin beliau boleh jadi pemimpin untuk generasi baru dan tak mustahil isu2 welfare lain seperti isu internet, isu cafe kat UTP boleh diusulkan kepada beliau apabila beliau dah terpilih menjadi MPP nanti..
Kepada saudara Nabil..anda belum cukup IMBA lagi, but you are almost there..bila dah dipilih nanti, pastu dah boleh tolong perjuangkan welfare pelajar (isu internet, cafe) dengan jayanya baru kami cop sebagai IMBA..but until then, teruskan usaha dan jangan kecewakan kami!
Nak tau kenapa pelajar UTP malas turun mengundi? Sebab contribution MPP tak nampak sangat..tengok isu internet..dah berapa tahun, still sama jugak..takde perubahan..internet pon welfare pelajar tahu tak? So Nabil, take note and make something happen..
Jom ramai2 turun mengundi..tak kisah la nak undi siapa pon..because if you don't use your right to vote, you loose the right to complain..bila dah vote pastu dia tak buat keja hang complain la banyak mana pon..
sumber gambar IMBA: here