Showing posts with label UTP. Show all posts
Showing posts with label UTP. Show all posts

Tuesday, 10 July 2012

IMBA MuayThai Fight Night



Dah bosan dengan event joget2 atau event menyanyi?

Meh kami rekomenkan event baru untuk korang..

Presenting..









So are you ready for the first ever Muay Thai Fight Night in UTP?



Now that is IMBA!!



Wednesday, 27 June 2012

V5A Incident



Hi all..

Dalam pukul 11 pagi tadi, ada satu insiden telah berlaku dekat V5A..

Admin pun baru bangun tidur time tu, terus bergegas ke tempat kejadian lepas timeline Twitter tiba2 kecoh..

Kisahnya begini..

Dua kereta berlanggar, sebuah kelisa putih (milik gadis Thailand) dan sebuah kenari (milik gadis local)..perlanggaran berlaku dekat depan blok V5A..

Admin pergi interview salah seorang penumpang kereta kelisa tu tadi..abam Thailand..

Mengikut cerita beliau, kelisa putih ni masuk simpang kat depan V5A tu..kereta kenari tu datang dari arah kanan kereta kelisa..pastu depa pun bertembung dengan kuat..kereta kenari tu terlanggar bahagian kanan kereta kelisa..hancur teruk kat bahagian pintu driver..

Akibat impak perlanggaran tersebut, kereta kelisa tu terbelok ke arah kiri dan terlanggar 2 buah kereta yg tengah parking..kereta kenari tu pulak tersasar ke arah kanan kawasan parking dan terlanggar 2 buah kereta yg tengah parking kat sebelah kanan tu..maka terjadilah perlanggaran berantai..


Gambar rajah kat bawah menerangkan kejadian secara lebih detail..credit goes to Zahin Razak..






Pemandu kelisa putih dikejarkan ke hospital (kecederaan ringan)..walau apa2 pun, sama2 kita berdoa supaya kedua2 mangsa berada dalam keadaan tenang dan stabil dari segi emosi..

Jom usha gambar2 kat tempat kejadian..check it out..



























Gambar last tu..pakgad IMBA in action..dengar cerita dia antara orang first yang sampai dan bertindak..memang IMBA..good job..

So setakat itu saja kisah kemalangan V5A hari ini..pesanan kami untuk kawan2 semua, bawak kereta tu elok2 lah ye..kalau drive dalam kawasan parking, jangan drive macam dalam highway..kalau nak masuk simpang, brek dulu tengok kereta kiri kanan..kepada mangsa, takziah kami ucapkan dan kami berdoa agar anda cepat pulih dan berada dalam keadaan yang stabil..



p/s: nak berita cepat dan pantas? pegi buat account Twitter dan follow kami @blogIMBA for the latest news from us..trust us, kat Twitter berita lagi cepat tersebar..nak tunggu post kat blog boleh, tapi lambat sikit la..ye dak? :)




Friday, 15 June 2012

IMBA UTP Laser Tag Battle



Hi all..

Ni satu lagi event kat UTP yang pihak blogIMBA nak promote..

Presenting..





Haa apa tunggu lagi..join le..depa nk buat outdoor version of laser tag ni..jom try ramai2..

Tiket murah, dgr cerita duration 10 - 15 minutes per game..

For more info / nak beli tiket, sila lah visit both depa hari isnin ni (18 Jun).. :)





IMBA 7th Anniversary of EUPHONIOUS



Hai semua..

Post harini simple je..

Kami nak promote event ni kat hangpa semua..







Event ni antara even paling IMBA dalam UTP..tiap2 tahun mesti ada punya..

Datang jangan tak datang..jumpa di sana.. :)





Monday, 28 May 2012

IMBA Neo Lotus R3 UTP



Beberapa hari lepas admin dan member2 turun Ipoh..kitorang nak tengok wayang, citer Man In Black 3..

Kami pergi naik dua kereta..satu Proton Iswara, satu lagi Proton Satria Neo Lotus R3..

Admin dah pun reserve tempat kat dalam kereta Neo Lotus tu, saje nak rase macam mana perasaan naik kereta limited edition..

Neo Lotus punye performance memang IMBA..acceleration sangat power, smpai gear 4 / gear 5 pon masih terasa lagi..owner dia bawak dalam range 110 km/h - 150 km/h..at such high speed, kereta tu boleh 'corner' dengan stabil..pergi ke Ipoh / balik dari Ipoh dalam 20 - 30 mins je (jalan agak kosong)..

Neo Lotus ni dilengkapi CPS..maksudnye at certain high RPM, horsepower & torque kereta ni akan meningkat kaw2 (owner kata dalam 4000-5000 rpm)..

Tapi satu je yang admin tak berapa berkenan kat kereta ni..dia punya default suspension setting keras sangat, tuned untuk racing dalam track kot..tapi sebenarnya boleh je adjust balik..pastu harga dia agak mahal (RM115k)..

Meh usha kereta Neo Lotus UTP ni dari jarak dekat..sori la kalau gambar tak berapa jelas, maklumlah amek guna camera phone murah je..haha..













For your info, Neo Lotus UTP is car no 24, out of 25 Neo Lotus in Malaysia..kereta ni sangat super rare, kalau korang jumpa memang bernasib baik la..hahaha..


NOW THAT'S IMBA!



p/s: abam ijat, owner Neo Lotus UTP ni masih single lagi. kehkehkeh. XD



Thursday, 3 May 2012

IMBA Pintu IRC Pecah



Apa khabar UTPians? Sihat? Minggu2 nak exam ni harap2 kita semua sihat belaka, ye dak?

Semalam, 2 May 2012 merupakan antara hari yang paling banyak benda IMBA berlaku dalam UTP.

Meh kami citer satu-persatu.







1. Pakgad IMBA kita dah ada akaun Twitter. Memang LOLWUT. Sape tah free sangat buat akaun parody pakgad kesayangan kita ni. kahkahkah.









So sesape yang nak tweet benda2 sensitif lepas ni kena berjaga2, takut kena saman. LOLOLOL. 

Tweet akaun ni semua macam nokharom, sikit2 saman sikit2 saman. Budak2 UTP kt Twitter ape lagi, layan lah. hahaha. Yang bestnya, kenapa akaun Twitter kami yang dia start folo dulu? Demmit rasa kena aim la pulak. keh3. 

Nakkan hiburan lebih kat Twitter, sila lah folo la pakgad IMBA kita. p/s: kami takde sebarang kaitan dengan pembikinan akaun parody tersebut, secara langsung mahupun secara tidak langsung.








2. Pintu IRC Pecah. Yup, pintu kaca yang terletak kat entrance IRC kesayangan kita tu pecah berderai.

Siapa yang pecahkan? - Student UTP.

Kenapa dan bagaimana boleh pecah? - Student tu tak tahu yang pintu tu memang berkunci sebab sign 'OPEN' masih tertera kat pintu tu. Dia pun tolak la pintu tu, nak bukak (tolak macam biasa, tak kuat pun). Tolak punya tolak, pintu tu pun pecah on the spot. Student tu tergamam kejap depan pintu tu. Semua yang berlaku adalah unintentional / secara tak sengaja.

Bila pecah? - Semalam. Malam. Around 8pm.

Berapa ganti rugi? - Dianggarkan RM10000 - RM15000. Sebab pintu tu tak di-produce dalam Malaysia. Imported. Tapi ganti rugi tu takkan dikenakan ke atas student tersebut, sbb bukan salah dia.









Keterangan saksi yang ditulis dalam borang kepada security:





Nak tau lebih sila gali & baca TL kami kat Twitter - @blogIMBA, ataupun mention kami / DM kami kat Twitter.


Pada pendapat kami (lepas berbincang dengan abam @NasHunter), pintu tu da selalu sangat kena tolak dalam keadaan terkunci, so bila accumulate banyak2 lama2 ini lah yang terjadi. 


Semoga kita sama2 dapat amek pengajaran daripada kisah ini, tak kira lah pihak IRC mahupun students.


p/s: Jangan blame student yang pecahkan pintu. Bukan salah dia. It was all unintentional.

Kredit gambar ditujukan kepada - @rosearienah @zarofi  @zharifrazak  @fieza9







3. Benda yg paling IMBA berlaku semalam. Perkataan IRC trending in Malaysia.





Budak2 UTP kat Twitter memang IMBA. Dapat tau je pasal pintu IRC pecah, sekor2 dok spam timeline Twitter dgn tweet berkaitan dengan kes tersebut. 


Sampai panas bontot abam duk kat kerusi semalam selama 2 jam. Takleh study sbb lagha sangat dengan timeline yang mengalir umpama air terjun. LOL


Maka dengan itu, perkataan IRC pon jadi trending satu Malaysia. Tak pernah trending berkaitan UTP dalam sejarah. So yesterday was a HISTORY.






















NOW THAT IS IMBA!



p/s: Wahai adik2 sekalian, tolong la jangan buat keje2 IMBA time dekat2 nak final exam ni. Kasihan la kat abam, abam pon nk study. :(

Monday, 30 April 2012

ImbA ISU NYAMUK


pabila isu nyamuk pun jadi masalah......






Monday, 23 April 2012

IMBA Parking Like A Boss Part 4


Post ni tak perlu ayat panjang2..

Tgk gambar kat bawah ni je dah cukup..keh3..

Presenting..





Kereta member aku ni..

IMBA kan? trololololols..



p/s: aku rasa bila pakgad tengok ni mesti dia tergelak, lalu tak jadi saman. Tapi kalau kene dengan pakgad IMBA.................mungkin triple saman? lulz

image source: here



Saturday, 14 April 2012

IMBA Test 8 Jam!



Kat UTP ni bila kita cakap pasal test..tak kisah la test 1 ke test 2..

Biasanya benda2 yg akan bermain di fikiran kita adalah..

"Test? sejam je pon..paling lama pon 2 jam.."





"Chapter mana masuk? alah chapter 3,4,5,6,7,8 je pon. Sikit je. Paling banyak pon 15 chapter.."






"Alah test je, duk rapat2 leh tiru..ape susah ye dak?"






Namun baru2 ni kami di blogIMBA telah dikejutkan dengan suatu berita IMBA..

Menurut sumber tertentu abam2 final year Civil Engineering bakal menghadapi suatu test yg kaw2 IMBA pada hari ini, 14 April 2012 bersamaan dengan hari Sabtu..

Test yang dimaksudkan adalah Test 2 untuk subjek Civil Engineering Design (CED)..

Ape yang IMBA? haaaa..

Test tu bakal berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga lah 5 petang..CANGOK WEI BUAT TEST 8 JAM..






Ce teka berapa chapters masuk? 10? 15? 20?

Jawapannya..tak main la chapter2 kawan..kata nak msuk blogIMBA ye dak? benda yg akan diuji merangkumi SEMUA subjek2 Civil Engineering stat dari 2nd year smpai lah ke final year..TERCIRIT BAI..




Ada 8 components..semua pasal design2 civil engineering..dan yang paling best, test 8 jam tapi 15% je for the total coursework..holyshitttt..





More details about the test - boleh bawak laptop tapi takleh ade internet, open book test so depa leh bukak ape2 je buku (jangan tertipu sebab test open book ni soalan dia memang korang takkan jumpa jawapan dia dalam buku), boleh keluar masuk (pegi tandas, lunch, solat)..

Sumber kami siap hantar gambar lagi sebagai bukti persedian beliau untuk test tersebut..

Cekitout..






Noharommm smpai 2 beg penuh buku dia bawak..IMBAAAAA..

Kepada abam2 akak2 Civil final year, kami di blogIMBA ingin mengucapkan selamat maju jaya, all the best for the test and good luck! Korang memang IMBA!






sumber: you know who you are. thank you :)


Friday, 6 April 2012

FESCO 2012



Salah satu event tahunan yg ter-IMBA di UTP..

Jom datang ramai2..







p/s: see you guys there :)


source: here




Friday, 16 March 2012

IMBA Old UTP Pics



Hi all..

Nak tanya sikit, geng2 seniors ni dah duduk UTP berapa tahun? 4 tahun? 5 tahun?

Haaa..itu tak cukup IMBA lagi..

Meh kami perkenalkan one of UTP's IMBA super-senior..

Abam Jek Sparrow (twitter: @M_Jacksparrow)..






IMBA super-senior kita ni dah duduk UTP selama 9 tahun..budak2 foundie mesti kenal abam Jek ni..maklum lah, dia ajar depa tutorial Physics ke ape entah..haha..

Dari first year degree (tahun 2002 takde program foundation lagi) sampai la PhD sekarang..IMBA kan? Kami yg amek degree dah 4/5 tahun kat UTP ni pon rasa nak tercirit study..lol..sayang gila abam Jek kita ni kat UTP..

Anyway, post harini bukan nak bercerita pasal abam Jek..nak tau lebih lanjut tentang beliau, pegi follow twitter beliau..tak pon pegi la usha blog beliau (http://www.mightyjacksparrow.com/) yang 10 kali lebih IMBA drpd blog picisan kami nih..

Harini kami nak share gambar-gambar lama UTP yg kita tak pernah tengok pon sebelum nih..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada abam Jek kita, sebab semua gambar ni adalah gambar yang dia share kat twitter dia under the hashtag #OldUTP..

Check it out guys..


















































Pergh..penat tangan kami nak upload gambar ni satu2..maklum lah internet UTP ni GG sket..lol..

Anyway thanks to abam Jek kita sebab sudi share gambar2 nih..nostalgic kot gambar2 bersejarah ni..


NOW THAT IS IMBA!




p/s: sila follow kami kat twitter - @blogIMBA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...