Hi all..
Dalam pukul 11 pagi tadi, ada satu insiden telah berlaku dekat V5A..
Admin pun baru bangun tidur time tu, terus bergegas ke tempat kejadian lepas timeline Twitter tiba2 kecoh..
Kisahnya begini..
Dua kereta berlanggar, sebuah kelisa putih (milik gadis Thailand) dan sebuah kenari (milik gadis local)..perlanggaran berlaku dekat depan blok V5A..
Admin pergi interview salah seorang penumpang kereta kelisa tu tadi..abam Thailand..
Mengikut cerita beliau, kelisa putih ni masuk simpang kat depan V5A tu..kereta kenari tu datang dari arah kanan kereta kelisa..pastu depa pun bertembung dengan kuat..kereta kenari tu terlanggar bahagian kanan kereta kelisa..hancur teruk kat bahagian pintu driver..
Akibat impak perlanggaran tersebut, kereta kelisa tu terbelok ke arah kiri dan terlanggar 2 buah kereta yg tengah parking..kereta kenari tu pulak tersasar ke arah kanan kawasan parking dan terlanggar 2 buah kereta yg tengah parking kat sebelah kanan tu..maka terjadilah perlanggaran berantai..
Gambar rajah kat bawah menerangkan kejadian secara lebih detail..credit goes to Zahin Razak..
Pemandu kelisa putih dikejarkan ke hospital (kecederaan ringan)..walau apa2 pun, sama2 kita berdoa supaya kedua2 mangsa berada dalam keadaan tenang dan stabil dari segi emosi..
Jom usha gambar2 kat tempat kejadian..check it out..
Gambar last tu..pakgad IMBA in action..dengar cerita dia antara orang first yang sampai dan bertindak..memang IMBA..good job..
So setakat itu saja kisah kemalangan V5A hari ini..pesanan kami untuk kawan2 semua, bawak kereta tu elok2 lah ye..kalau drive dalam kawasan parking, jangan drive macam dalam highway..kalau nak masuk simpang, brek dulu tengok kereta kiri kanan..kepada mangsa, takziah kami ucapkan dan kami berdoa agar anda cepat pulih dan berada dalam keadaan yang stabil..
p/s: nak berita cepat dan pantas? pegi buat account Twitter dan follow kami
@blogIMBA for the latest news from us..trust us, kat Twitter berita lagi cepat tersebar..nak tunggu post kat blog boleh, tapi lambat sikit la..ye dak? :)